 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
the art of design, is a design with art®
By: ridhuan abu bakar
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 10-May-2007 14:46 |
Email | Share | Bookmark |
|
Streets of Bangkok
|
 |
|
Welcome to Bangkok
|
|
 |
|
The latest flagship store
|
|
 |
|
Peninggalan perang? mungkin
|
|
 |
|
Massive carpark
|
|
 |
|
Hanging out space
|
|
 |
|
Youth Park
|
|
 |
|
kaki lima
|
|
 |
|
Bus Stop
|
|
 |
|
Woooo
|
|
|
| Quote: | Minggu lepas, saya dan beberapa rakan kerja bersama bos saya telah pergi ke Bangkok untuk menghadiri Ekspo Interior Design yang berlangsung di IMPACT Exhibition Center di Muang Thong Thani, pinggir Bangkok. Kehadiran kami di Ekspo tersebut bertujuan pendedahan terhadap 'trend' semasa berkaitan interior design.
Dalam pada yang sama juga, saya juga berkesempatan untuk berjalan- jalan di sekitar bandaraya Bangkok yang boleh saya simpulkan, 'Bangkok sedang mengalami perubahan mendadak dari Bangkok Lama ke Bangkok Baru dalam masa yang singkat, di mana yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin miskin kerana tidak terdaya untuk mengejar arus pembangunan yang amat pantas'.
Inilah beberapa pengalaman saya di sekitar lorong- lorong Bangkok yang sempat saya rakamkan untuk dijadikan kenangan.... |
Bangkok dan tokong memang tak dapat dipisahkan. Pemandangan seperti ini adalah biasa di sana..
Tipikal lorong- lorong di Bangkok, juga dikenali sebagai 'Soi', deretan rumah kedai 'ditemani' hamparan wayar- wayar elektrik...
Baru dan Lama, bersebelahan, tetapi realitinya amat jauh. Jejantas baru bersebelahan dengan rumah kedai usang adalah pemandangan biasa. Secara amnya, rumah kedai seperti ini hanya disewa di tingkat bawah sekali, manakala tingkat- tingkat atas tidak berpenghuni langsung..
Tuk-Tuk atau Toot-toot, walaupun kesan kelajuan didorong oleh teknik 'panning', realitinya mereka ni memang memandu dengan laju. Kelihatan penumpang menggunakan tiang- tiang untuk berpaut demi keselamatan...
Contoh terbaru pembangunan mendadak. Kompleks membeli- belah Siam Paragon antara yang terbaru dan tercantik di Bangkok, tetapi kebanyakan pelanggan adalah warga asing..
Chatuchak Weekend Market, dikatakan pasar lambak terbesar di Asia. Rakan saya mengatakan seluruh kawasan pasar ini sebesar 8 buah stadium bolasepak. Saya tak nafikannya...
Kemudahan logistik terutamanya pengangkutan di Bangkok amat fleksibel, anda boleh menumpang hampir apa saja kenderaan yang sudi membawa anda..
Sekumpulan remaja Bangkok bermain bola di sebuah tapak bangunan yang sudah diruntuhkan. Iraq? Afghanistan? Di Bangkok juga ada pemandangan sedemikian..
Victory Monument. Lambang kemegahan rakyat Thailand..
Pemandangan indah di sini selalu dihalang oleh tiang- tiang konkrit BTS Skytrain. Walaupun amat berguna dan efisyen, ia sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan bandaraya Bangkok..
Selain tokong- tokong dan tomyam, Bangkok juga amat terkenal dengan kesesakan jalanraya yang amat dahsyat. Keadaan sebegini boleh berterusan sehingga jam 12 tengah malam, dan di setiap simpang terdapat pengawal lalulintas mengawal trafik..
Panorama bandaraya Bangkok dari sebuah stesen BTS Skytrain...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|